Tapi bila aku yang kena jawatan penting, baru la tahu yang
tensionnya memang tahap tak ingat. For example, i was appointed as Ketua BADAR
iaitu Badan Dakwah dan Tarbiah. Hal solat, pakaian , ma’tsurat, keluar al-mulk
dan segalanya , tergalas di bahu. Huhu...susah betul. Dahla diri sendiri tak
betul lagi, nak tolong betulkan orang lain pulak. Nayaaaaa....
Dengan SMRA tahun ni, pengawas lagi, jawatan kat asrama
lagi. Susah, susah.... tapi mengeluh sangat pun tak boleh jugak. Ada sorang
senior ni pernah bagitau.
“Allah takkan beri
kita tanggungjawab yang kita tak boleh nak galas. Kena ingat tu je.” Sis F.
Pernah terfikir nak pindah lepas amik result PMR tu. Diniah
pun merangkak lagi, macam mana nak amik SMRA. Tapi Allah takdirkan, aku still
duduk sekolah tu. Redha je la dengan
masalah yang tak pernah berhenti dari form 2 sampaila dah dekat 4 tahun aku
belajar kat sekolah tu.
Boleh je kalau nak pindah sebenarnya, tapi entah kenapa tak
pindah-pindah jugak. Dan bila aku
terfikir tentang pindah ni, aku akan ingat pesanan sorang kakak .
“ Kalau enti still duduk sini, maknanya Allah nak enti terus terima
tarbiah dekat sini. Allah dah tentukan tarbiah terbaik enti adalah dekat sini. Maybe
yang lain tu, tempat dia untuk terima tarbiah dekat tempat lain.”
HUAAAA....susahhhhh....
T.T ...
Asrama oh asrama, aku harap kau boleh urus diri dengan
sendiri. Duhai masalah, get away from me and my friends. Done....
