Friday, 3 February 2017

Cinta VS Cita-Cita

So, esok ada contest Dai'e.
Tajuk yang cik blogger dapat is Cinta VS Cita-cita.

So cik blogger nak merapu sikitla kat sini, test skill.


CINTA VS CITA-CITA

Cinta itu hati.
Cita-cita itu nyawa.
Apa guna hati tanpa nyawa, dan apa guna nyawa tanpa hati.
Hakikatnya, cinta dan cita-cita itu saling memerlukan antara satu sama lain. Tetapi persoalannya di sini, mana yang lebih penting?

Mungkin akan ada yang menjawab cinta, dan mungkin ada juga yang mengatakan bahawa cita-cita itu yang paling utama.

Akan ada yang menolak cita-cita untuk menggapai cinta. Dan ada pula yang menolak cinta untuk menggapai cita-cita.

Jawapan saya.
Gapai kedua-duanya.

Bagaimana? Bukankah bercinta itu akan mengganggu jalan menuju cita-cita?

Bercintalah dengan yang Maha Esa, nescaya cita-citamu tercapai.

Nah, mudah bukan? Cinta dan cita-cita, dapat keduanya.

Tapi, akan ada juga manusia yang nak menangkan cinta manusia. Hujahnya, aku bercinta tetapi aku berjaya.
Soalan saya, adakah anda berjaya meraih cinta hakiki? Adakah yang Maha Esa membenarkan percintaan sebegitu? Adakah apa yang anda lakukan itu berdasarkan syariat Islam yang sebenar? Anda ada jawapannya.

Tanam sebentar perasaan cinta kepada manusia, jagalah pohon cinta kepada hakiki, capailah cita-citamu, dan biarkan perasaan cinta itu bercambah bila sudah tiba waktu yang sesuai.

Love will energize positive power in goal attainment. The first pure love for God, next to the Prophet Muhammad SAW to both our parents. Only then to the other creatures.



The end.