Monday, 30 June 2014

Friend + Ship 3

Makan sikit je lagi, ye sayang.” Sudu berisi sup setia dia hadapan bibir anak gadisnya.
Kira geleng kepala. “Taknak la umi. Kenyang.”
“Tapi Syakirah makan sikit sangat tadi. Nasi pun tak habis. Nanti nak makan ubat pulak.” Mata jatuh pada nasi yang masih berbaki di pingan.
Dia mencebik. “Siapa suruh nurse bagi lauk yang tak berperasa. Memang tak lalu nak makan.” Tangan disilang di dada, tanda protes. “Umi, nak balik rumah. Hamtaro Syakirah siapa nak tengokkan?”
“Budak ni la. Diri sendiri tak sihat, hamster yang dekat rumah tu pulak yang dirisaukan. Along kan ada kat rumah, dia boleh tengokkan.” Puan Safiah hulur ubat. “ Makan ubat ni, lepas tu rehat. Umi nak kena balik rumah kejap. Petang nanti Umi datang dengan Along.”
Kira tengok ubat tu dengan pandangan yang entah macam mana nak tafsir. Erghhh...nak kena makan lagi ke ubat yang mega pahit tu? “ Ermm, Umi letak je la kat tepi tu. Nanti Syakirah makan.” Tak sanggup aku.
Satu senyuman dilempar. “ No. Makan sekarang depan Umi. Umi nak make sure Syakirah tak skip makan ubat.” Anak aku ni bukan boleh nak predict.
Nak tak nak, terpaksa jugak dia makan ubat tu bila umi dia dah keluar aura nak sumbat ubat tu dalam mulut dia. Kira ambil satu biji ubat bulat besar. Alamak aiii....besarnya. Macam mana aku makan benda alah ni sebelum ni? Baru je nak letak ubat tu hujung lidah, pintu bilik wad dia terbuka. Serentak dua-dua toleh.
“Alip!”
Kaki dah stop dari melangkah. Kenapakah Syakirah menyeru namaku dengan excited sekali?? Terkebil-kebil dia tengok dua beranak tu usya dia macam nak bagi badan dia berlubang. “Err, Alif ganggu ke , Umi? Kalau ganggu , Alif keluar dulu.” Dia pusing belakang, dah ready nak melangkah keluar.
“Ehh, kejap!” termenjerit pulak kat situ. Kira toleh pandang Puan Safiah. “ Haa, Umi. Alip kan ada. Dia boleh tengok wether Syakirah skip my medition or not. So , Umi boleh la balik.”
Cekak pinggang. “ Halau Umi nampak.” Ada-ada je cara dia nak mengelat. “ Makan dulu, baru Umi balik.”
Aaaa..macam mana ni? Mata dia jatuh pada plastik di tangan Alip. Ahahh! “ Tu Alip ada bawak makanan, jadi tak boleh makan ubat lagi. Alip, sini la.”
Alip was-was. Nak pergi ke tak? Pergi je la. Kaki dia dah melangkah ke arah katil yang menempatkan gadis bertudung hijau lumut itu.
“ Nak.” Kira hulur tangan. Spontan Alip letak plastik berisi roti yang dia beli di kafe bawah atas tangan yang terhulur tu. Kira keluarkan satu roti dan koyak pembalut roti tu. Dengan happy, dia gigit roti inti kaya itu. Oh heaven.
Puan Safiah mengeluh. “Yela, Syakirah menang. Alif, make sure dia makan ubat tau.” Diserahkan amanah itu pada Alip. Anak muda itu Cuma mengangguk.
“Syakirah, umi balik dulu. Jangan susahkan Alif pulak.” Pesannya. Kaki mengorak langkah ke arah pintu.
Kira geleng kepala. “ Takkan punya. Bye umi.” Dia melambai penuh semangat sampaila pintu tu tertutup balik.
Satu roti dah masuk perut, its time to sleep! Terus dia baring. Mata dipejam rapat.
“Syakirah, ubat tak makan lagi ni. Jangan tidur.” Alip hulur air dan ubat yang  entah berapa jenis dalam tangan.
“Taknak la. Ubat tu pahit. Tak sedap.” Kira menjawab macam budak umur 3 tahun.
“Memangla ubat pahit. Mana ada ubat manis.”
Mata terbuka. “ Ada la. Scotts Emoltion manis je. Rasa oren lagi.”
Tepuk dahi. Masyaallah. “ Itu vitamin  la, bukan ubat.”
“Sama la tu. Bagi kita sihat jugak.” Mata dipejam balik,
Alip terus mati kutu. Nak buat macam mana ni. Ni dah teruk dari acik lagi nih. Umur dah 20, tapi perangai macam budak umur 3 tahun. Hmmmm...
“Syakirah nak makan ubat ni atau...” sengaja ayat dibiar tergantung. Cuba pancing minat Syakirah.
“Atau apa?” soal Kira. Tapi mata still tak buka.
Hehe...perangkap sudah mengena. “ Kalau taknak makan, kena inject tau.”
“Inject je pun.”
“Inject dekat punggung.”Alip senyum sinis.
Serta merta Kira buka mata dan duduk. Ubat dalam tangan Alip diambil dan ditelan satu persatu. Habis sebotol kecil air.
“Pandai pun makan ubat.” Botol kosong tu dilempar masuk dalam tong sampah.
Kira peluk tubuh. Tak terbayang macam mana kalau nurse inject.Brrr... “ Tak sanggup nak kena inject dekat situ.”
“Memang takkan kena pun.” Selamba dia tarik keluar earphone dan disumbat dalam telinga. Volume diputar bagi full. Preparation sebelum krakatoa meletus. “ Aku tipu je.” Butang play ditekan.
Muka Kira dah merah. Memang sebijik macam krakatoa nak meletus, atau bakal meletus dalam 3...
2...
1...
0...
“MUHAMMAD ALIF IRFAN!!!!”
Hehehe... sorry Kira.

Niqabis.



Berniqab atau berpurdah, bukanlah satu penghalang.
 Wanita berniqab, masih mampu belajar.
 Wanita berpurdah, masih mampu bekerja.
 Wanita berpurdah atau berniqab masih mampu melakukan aktiviti.
Berniqab bukanlah satu penghalang
Sebaliknya merupakan satu kekuatan.
Satu keyakinan.
Satu keberanian.

Aku masih mampu belajar, bekerja. Tiada penghalang untuk aku melakukan apa yang kau lakukan.
Andai kau mampu belajar, maka aku juga begitu.
Andai kau mampu bekerja, maka aku juga begitu.
Sehelai kain yang menutup sebahagian wajahku, bukanlah bermakna aku lari dari masa laluku.
Sebaliknya aku cuba memperbaiki salahku.
Sehelai kain yang menutup wajahku, bukan bermakna aku menjauhkan diri.
Sebaliknya aku cuba mendekatkan diri kepada yang Maha Esa.

Jadi, dah dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan??
Kalau dah, bagus!
         Aku akui, aku seorang wanita ...errr.... gadis yang berpurdah. Gadis remaja yang berpurdah.
Selalunya orang ingat perempuan yang berpurdah ni lemah lembut, kuat pegangan agama, bla bla bla....
Mostly macam tu, tapi aku masih baru. Aku ni taklah sopan mana pun. Tapi taklah kasar sangat. Iman aku , alhamdulillah masih terpelihara, meski taklah sehebat iman para ulama’.

          Orang ingat yang perempuan berpurdah ni mestilah tak berhubung dengan lelaki. Sorry, but not me. Aku call jugak lelaki. Abang aku dengan ayah aku pun lelaki what. Heeeee...
Aku ada kawan lelaki. Agak ramai jugaklaa... tapi no hard feelings, okay. Kawan je. Dah tu , aku sekolah biasa kot, time kecik dulu.
Siapa kata perempuan berpurdah tak boleh cakap dengan lelaki. Kalau macam tu, jenuhlah. Pekerja awam kan mostly lelaki. Takkanla nak naik bas yang driver dia lelaki, and penumpang dia mostly lelaki, nak cakap “sorry, boleh tak anda2 semua turun? Saya nak naik bas ni.” Kena halau time2 jugak, konfem!
           
           Kalau ada something nak kena urus, sekali dengan boys, tak ke naya kawan kita yang nak kena tolong sampaikan apa yang kita nak cakap. Kalau dia redha takpa la.  Tapi , susah macam tu, kang apa yang kita nak bagitau berbeza dengan apa yang dia sampaikan. Tak ke salah faham nanti.
Berniqab ni cuma sebagai pelindung tambahan. Ada ke masuk paper or berita perempuan berpurdah kena kacau? Tak. Sebab even pengacau2 tu ada respect pada perempuan berpurdah.
        
So, berpurdah doesn’t mean i can’t do whatever you do. If you talk to boys, then i can to. If you went shopping or hang out with your friends, then its the same for me. Ahh... broken english. Apa2 je la. Asalkan korang paham. Apa yang membezakan aku dengan kau, cumalah sehelai perlindungan tambahan.


Ohh, satu lagi. Pemakaian stoking untuk tutup aurat, bukan untuk aku je, untuk kau sekali ye, even if kau tak berpurdah sekalipun.

Monday, 9 June 2014

KEBOSANAN Melanda, maka terhasillah tajuk ini.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.... Haaa, jawab jangan tak jawab. Tapi yang sahabat tu, err, tak jawab pun takpa. Makruh. Hehe....

Sebenarnya dan sejujurnya, nak type apa pun ambo dop tau. Maybe sebab terlalu bosan mencari kalau2 ada retak di siling yang boleh dikira dan hasilnya tiada, maka tanganku  jemariku menemui jalannya untuk menghilangkan kegatalan nak menaip. Oh, ambo dah dapat idea nak kongsikan tentang apa.

 Pernah dengar perkataan HIPOKRIT?? Tau tak hipokrit tu maksud apa?? Kalau tak tau, google sendrir la ye...

                       Selalunya hipokrit ni orang kata talam dua muka. Dengan family dia mcm ni, dengan friends dia mcm tu. Tapi rasanya better kalau nak kata yang hipokrit is some acts yang very the not you. Faham tak mcm mana?? Kiranya orang yang hipokrit ni dia menyembunyikan dirinya sendiri. Bukanlah sembunyi macam menyorok(bukan bersarapan ye) dalam almari or di sebalik timbunan patung beruang atau mungkin di belakang pintu, tapi sebliknya hipokrit ni lebih kepada menyembunyikan personaliti sebenar kita or pretending la senang kata.

                       Kalau yang definasi talam dua muka yang ambo bagi tadi tu, maybe tak relevan kot. Ye la, mana nak tau bila dengan family dia kena matang sikt cause ada tanggungjawab ke, and dia rasa dengan friends je dia boleh nak buat lawak tahap giga. Melepak di Giant semata-mata nak beli satu Cool Blog. Buat kuak lentang dalam kolah. Singgah rumah Sis F lama-lama sebab nak pilih tudung. Guling-guling atas jalan tar dekat Sedim macam orang gila. Erkk?? Ok, lupakan yang tu. The difference between hipokrit and talam dua muka is the way they act. Talam dua muka ni selalunya happens among friends laa.... Kan selalu ada rivalry sesama mereka. Jadi bila terjadinya perkara sebegitu, maka akan wujud sesetengah pihak yang akan buat tak tahu and akan ada sesetengah pihak yang nak join both ( mungkin lebih) of the rivalry group. Dan itulah caranya untuk membuat seorang talam dua muka.

              Talam dua muka, ni ambo cerita berdasarkan pengalaman la ye, selalunya dia akan join both of the rivalry group. And kadang2 dia akan cerita or berhikayat tentang keburukan the other group. Faham?? Kiranya macam ni la, ada dua group. A n B. Si fulan ni join both of the group. Bila dengan group A, dia akan pot-pet pasal group B, dan vice versa. Itu baru la talam dua muka.

This is what i found about hypocrisy in wikipedia. Maaf, ambo tak rajin nak translate.
Hypocrisy is the claim or pretense of holding beliefs, feelings, standards, qualities, opinions, behaviors, virtues, motivations, or other characteristics that one does not in actual fact hold. It is the practice of engaging in the same behavior or activity for which one criticizes another.

Boom!!
Adusss, sedikit terasa di sini. Terasa diri ini hipokrit, cause of my way of talking, to a certain someone.
Selalunya orang akan ingat yang budak sekolah agama ni selalu talk using ana-anti and such, tapi me and my friends tak praktik pun benda tu. Kadang2 kalau rajin, ada la guna jugak. Tapi dengan senior je la. Then one day, my friends suddenly, noted that, SUDDENLY chat with me using ana-anti. Well, i just go on with the flow, and trying to annoy her by calling her ukhti. Dia pun reda la kena panggil macam tu. It was funny since dengan dia ja chat and cakap mcm tu. Dengan orang lain, tak pun. Pastu rasa macam , eh hipokrit la pulak. Tapi ambo buat taktau je la. Satu hari tu,  got into some fight with her, and we stoppend using ana-anti and was back to aku-kau. Betapa jahilnya ambo walaupun dekat 4 tahun belajar di sekolah yang ada tarbiah. Huhuhu... T-T...

              And berdasarkan pengalaman, one of my ex-classmate was really mad when we call him hypocrite. Nak dijadikan cerita, pada awal tahun 2013, 10 orang jejaka(poyo) telah terpilih untuk join kelas 3 Puteri yang cun melecun ni (tembak diri sendiri pakai pistol air) supaya mereka lebih bersungguh-sungguh nak belajar since result mereka akan di compare dengan markah Puteri. Maka pada suatu hari, seorang puteri telah melangkaui batas apabila terus menerus mengejek seorang jejaka dengan panggilan hipokrit, dan juga telah menconteng meja jejaka tersebut. Dan, he snapped. Nak tau tak dia buat apa?? Hentak meja and baling kat kitorang. Okay ,ini hiperbola. Maybe dia boleh buat and maybe not. Kalau dia buat macam tu, memang ambo bagi flying kick. Dia tak baling meja pun, cuma hentak meja and tendang pintu ja. Mesti kaki dia sakit. Tiba-tiba rasa bersalah la pulak. Tapi dah minta maaf, tapi still rasa bersalah. Hmmm....sorry la bro. Oohh...dia jadi ex classmate sebab pertengahan tahun tu, jejaka-jejaka itu pindah kelas mereka2 balik.

Back to the topic, hipokrit dan talam dua muka memang tak sama. Sila betulkan pemahaman anda. And to me too. Mata ku sudah mohon ditutup, nak kumpul energy. Sekian saja kali ini.






Tuesday, 3 June 2014

SGI IN MY HEART.......

SGI tu apa eh???? hehehhehe
meh sini cek citer pasai SGI a.k.a  second generation of IBRAH...
SGI nie ada mcm2 ragam....  Klu tak dak mcm2 ragam maka tak seri la klas kitaorg....
Aku start kenai dpa semua nie time form 1..... Pejam celik Pejam celik....  Dah F4... Kejap ja masa berlalu... Lpas nie tak tau bleh jmpa dpa ka tak... (feeling kejap)....
SGI nie klu tak kenai maka tak leh la nak erat kn ukhwah sesama kn2....
Dgan dpa nie la aku mengenal erti sebuah persahabatan... Bkan senang nak jumpa kwan2 yg always bg kita semangat....
 SGI nie even ramai yg suka buat tak puas hati tp kitaorg just steady and cool je.. hehehhehe
Yg best nye SGI nie , bila ada something yg tak kena mesti semua 1 kepala...
Tu yg best klu org len susah la nak jumpa mcm nie....
SGI nie la plingdigeruni oleh batch2 len... Tak tau knapa...
Nak kta batch kitaorg suka buli... Lagi la tak...
Apa pon batch kitaorg yg paling bnyak dpat ujian....
Tapi batch aku tak kisah.....
Dgan ujian nie la buat batch AKU kuat....
Tu je kot yg aku citer , klu citer panjang2 pon takut tak larat nak baca plak....
Nie gmbar batch aku :
                                                            dina n mairah ( F1)
                                                 

2 puteri 2012
                                                  sblum masuk dewan periksa..... snap dlu

                                               bju biru tu ketua gangster batch kitaorg XD

                                           bila dok skali mcm nie la jd nye.... terlebih bahagia

                                              gmbr thun lps with guru kelas Pn. Hairun

       with my kembaq izzati hana a.k.a tok ti...... bdak paling bnyak bersabaq klu dok ngan aku.... love u so  much... muahhhhhh!!!!!



Monday, 2 June 2014

UNTUK AYAH


        Ini sekadar perkongsian. Sejujurnya, bukanlah kata-kata ana, hakikatnya diambil dari seseorang yang ana sangat2 respesct. Ana tak ingat bila hari bapa,rasa macam dah lepas. Apa2 pun, hope anda2 yang membaca ambil pengajaran. 

Aku masih antara yang lembap. Not in the intellectual sense though. (intelectuallity, i'll put myself in the average group... a case of insecurities? nahh.. I know who I am)

Maksud aku lembap menonton filem KAMI . Nope, salah lagi, bukan yang cerita pasal a bunch of indie wannabe yang pergi err.. menjelajah serata ceruk Malaysia dan menghadapi pelbagai konflik identiti dan percintaan tu.. (Sebenarnya aku pun tak tengok lagi filem tu. Suka-suka je buat pre review. Biasalah, blog ni kan aku yang punya). Maksud aku KAMI filem tahun 1982 lakonan Arwah Sudirman Hj. Arsyad.

Jangan risau, aku bukan nak buat review filem arwah. Sini bukan rotten tomatoes, atau imdb atau  filminreviews atau yang sewaktu dengannya. Aku cuma nak sentuh tentang satu part yang mengusik sanubari aku (ayat jiwang, credits please.) Dalam cerita tu ada satu scene di mana Sudirman (maaf, aku taktau nama wataknya.) dan Tookoo (heh, maaf sekali lagi. Yang ini aku taktau nama asal pelakonnya) berkongsi minum teh tarik dan mee goreng sebab tak cukup duit nak beli sorang satu. Lantas aku teringat ayah aku.

Dulu masa aku kecik, umur dalam lima enam tahun aku dengan adik aku rajin ikut ayah aku outstation. Selalunya ke Kuala Lumpur sebab time aku kecik dulu aku rasa Kuala Lumpur tu tempat paling best dan happening dalam dunia (aku kecik lagikan, bolehlah dimaafkan.. haha). So, bila tiba waktu macam ni, ayah akan bawa aku dan adik aku berbondong-bondong naik public transport paling mudah dan murah - bas. Kat Kuala Lumpur, kalau nak pergi mana-mana kitorang jalan kaki atau naik teksi. (Time tu  LRT belum wujud). Bayangkan ayah aku manage tiga orang budak kecik-kecik lagi naik public transport, lepas tu bawa jalan lagi, nak tahan taxi, nak bawa beg. Tu belum campur time kitorang merengek, merajuk, menangis mintak itu ini. 

Masa tu,bila tengok orang lain sedap-sedap naik kereta sendiri atau tengok mat salleh naik taxi besar (yang macam khas utk tourist je tu) atau bila taxi tak berhenti bila ayah aku tahan sebab nak bagi pelancong/minah salleh naik, aku akan rasa macam kami ni orang berkelana yang miskin.

Memang pun masa tu aku percaya yang kami ni miskin sangat. Sebab kecik-kecik dulu aku taktau ayah aku kerja apa (bila tanya mak, mak cuma kata  ayah kerja kat sekolah). Tambah-tambah ayah selalu akan jawab tak cukup duit kalau  the younger ones asked for things to buy on those rare occasion where we get to tag along with ayah during his outstation. Aku memang percaya bulat-bulat. Aku percaya sunguh-sungguh yang ayah aku memang tak cukup duit.

Bila tiba kat perhentian, aku akan refuse nak makan berat-berat sebab aku takut ayah tak cukup duit. Selalunya ayah akan beli buah yang siap dipotong (yang dalam plastik tu, mangga ada, jambu ada, betik ada, tembikai ada, pendek kata macam-macam ada) dan kami akan kongsi ramai-ramai. Aku tak pernah nak mintak lebih, atas  rasa tanggungjawab dan aku rasa sekurang-kurangnya cara tu aku akan dapat kurangkan beban ayah.

Pernah sekali aku tahan nak terkucil, sebab nak masuk tandas kena bayar dua puluh sen. Ayah memang nak bayar, tapi aku beria tipu kata aku boleh tahan atau aku akan kata "tadi rasa, sekarang dah tak rasa."

Betapa dua puluh sen waktu tu aku rasa sangat bernilai!

Memang, kecur liur tengok orang lain makan sedap-sedap, tapi bila tengok muka ayah yang penat, selera aku terus hilang. Dan aku cuma akan mintak nak kongsi makanan dengan adik-adik.

Bila aku dah besar, baru aku tau yang sebenarnya, kami tak miskin pun. Baru aku tau yang  ayah aku pensyarah (sekolah yang mak aku maksudkan tu universiti tapi kalau mak aku bagitau time tu confirm aku taktau tu tempat apa.) Dan baru aku tau sebenarnya banyak benda yang ayah aku boleh afford kalau aku minta.

Tapi mungkin disebabkan pengalaman aku ikut  ayah outstation masa kecil, aku jadi berat kalau nak meminta sesuatu daripada mak atau ayah. Bukan tak pernah, ada jugak kadang-kadang bila benda tu aku nak sangat. Bohonglah kalau aku kata tak pernah. Tapi bukan setiap masa dan setiap ketika macam yang budak sekarang selalu buat.

Nampak iklan kat tv, nak. Nampak mainan free, nak. Nampak kawan dia ada, nak. Nampak benda tu the latest trend, nak. Bila tak bagi membentak-bentak.( At the same time, aku tujukan kat aku dan adik-adik aku. Kami  pun kadang-kadang macam tu.. haha)

Ayah aku kerja sebagai pensyarah sampai sekarang.  Ayah aku masih outstation sana sini, tapi kami adik-beradik dah tak ikut sebab masing-masing dah besar. Sekarang ayah dah jarang naik bas, lebih selalu naik train, flight atau drive sendiri. Banyak benda dah berubah.
 Tapi sampai sekarang kalau tengok muka letih ayah baru balik oustation, aku masih akan rasa sebak seperti mana yang aku rasa masa travel dengan ayah kecik-kecik  dulu.

Love to all the Best DADs around the world.




P/s:Filem Kami (1982)
Baru tengok part-1. (upload kat youtube je..haha)

Rasanya aku tak sanggup nak teruskan.

Meruntun jiwa!

(Ah, tapi kalau tak sanggup nanti mungkin aku akan jadi yang paling lembap habis menonton filem tu? )


Sunday, 1 June 2014

BILA NAK BERUBAH?????

Pertanyaan nie mesti selalu bermain di fikiran korang kan??? korang selalu fikir mcm mn nk berubah menjadi lebih baik....
TAPI.......
Bkannya senang nk berubah.... Setiap kali nk berubah mesti ada ja halangan , mesti ada saja yg nak mengata , kita berubah kerana ALLAH....
ABAIKAN ja apa org nak ckap.... Yang penting niat kena  btoi.... Jangan kita berubah sbb nak tarik prhatian dari seseorg plak ... Tapi tak salah klu kita nk berubah kerana seseorg... MAYBE seseorg tu bleh bg semangat kt kita.... Tapi kna ingat klu org tu dh tak dak.... Jgan kita terus ubah jadi perangai mcm dlu blek... Sblum nk berubah tu niat btoi2 sbb apa kita nak berubah , untuk apa kita berubah...
Nak berubah bkannya senang....
Dulu... bnda nie selalu bermain kt fikiran aku...
AKU NAK BERUBAH..... Nak sngt berubah....
TAPI......
Bnyak sahaja halangan yg aku dapat... Kawan2 selalu cakap aku nak buat alim ka... Tiba2 ja nak berubah , sblum nie tak pikir pon pasai berubah...
Disebabkn tak ada yang menyokong aku.... Aku terus lupa kan hasrat utk berubah....
Bila dipikirkn blek.... RASA menyesal sngat.... Knapa aku tak berubah dari dlu....
TAPI.....  sekarang nie alhamdulillah aku tak macam dlu lg....  Kwan2 pun dh ramai yg menyokong....
UTK  spa yg nak berubah tu , jgan pikir pnjang2 , teruskn usaha utk merubah diri , klu tak cuba dari sekrang smpai bila kita nk berubah???? Nak tunggu ajal nak dtg baru nk berubah??? Sntiasa berdoa minta ALLAH permudahkn urusan kita... :)
Sma2 la kita tonton video nie...