Friday, 30 May 2014

Friend + Ship 2



Berdiri.
Rasa lenguh pulak kaki, so dia duduk.
        Aishh, risaula. Dia bangun dan jalan mundar-mandir depan pintu putih tu. Hujung t-shirt Adidas lengan panjang yang dipakai ditarik sedikit. Dah dekat sejam ni, okay ke tak kat dalam tu. Dia menghampiri pintu putih yang menjadi penghalang antara dia dengan pesakit yang tengah terbaring kat dalam tu. Nampak samar-samar wajah si pesakit dengan alat bantuan pernafasan di muka. Rambut diraup kasar. Serabut. Macam mana la aku boleh lupa yang dia tak boleh duduk bawah panas lama-lama? Alip pejam mata rapat. Scene dekat taman tadi masih berputar di minda.

       Alip tunduk renung pasir di kaki. Dah dekat setengah jam dia sampai, tapi Kira still taknak cakap dengan dia. Angkat muka ja nampak Kira tengah khusyuk buat kerja. Dia mengeluh. Terus dia baring atas kerusi batu tu. Dari aku jadi macam tunggul, baik aku tidur. Mata dipejam. Panas petang dia buat tak tahu. Kisah hape aku, asal aku boleh tidur.
           Kira panggung kepala dari laptop depan mata. Senyuman nipis terukir bila nampak si Alip tu seronok tidur. Kesian la pulak. Takpela, dia bangun nanti aku mintak tolong dia. Baru je dia nak sambung buat kerja, dada terasa senak tiba-tiba. Tangan kanan diletakkan pada dada. Jantung Kira berdegup laju.
 Damn, not now. Tangan kiri menyelongkar beg galas, mencari inhaler.
         Mana pulak inhaler ni. Nafasnya makin berat. Hidung dah rasa macam tak berfungsi. Nafas dihembus keluar melalui mulut. Bila dah yakin yang memang inhaler tiada di dalam beg, Kira toleh tepi. Badan Alip digoyangkan. Suara dah tak keluar dari kerongkong. Tersekat.
Alip buka mata bila rasa macam ada orang kacau tidur dia. Mesti Syakirah ni.
“Syakirah, kau nak...” ayat dia tergantung. Terus dia panik bila nampak muka Kira yang pucat.
“Hei, kau kenapa?” kalut-kalut dia tanya.
Kira tunjuk dada. Mulut dia bergerak-gerak macam nak bagitau sesuatu tapi tiada suara yang kedengaran.
Alip terus sumbat laptop dalam beg galas Kira. Gadis itu segera dipapah ke arah teksi yang banyak teratur di tepi taman itu. Pintu salah satu teksi dibuka. Kira diletakkan di tempat duduk belakang.
“ Pakcik, pergi hospital sekarang!”

“Alif!”
Lamunan dia terhenti bila namanya dipanggil . “Umi.” Ujarnya sepatah.
Puan Safiah menghampiri anak muda yang tertunduk dihadapan pintu bilik rawatan. “Syakirah macam mana?” soalnya lembut.
    Alip toleh tengok pintu putih yang masih belum terbuka dari tadi. Rasa bersalah menebal di hati. Tak sanggup nak bersua muka dengan ibu Syakirah.
     Mata Puan Safiah redup melihat Alip yang nampak resah. “Jom duduk dulu. Umi tengok Alif macam serabut je.” Digamitnya anak muda yang sudah dianggap macam anak sendiri tu.
Alip ikut tanpa membantah. Sunyi menguasai suasana.
“Alif jangan risaula, umi tak salahkan Alif.” Puan Safiah mula bicara. “Lagipun, Syakirah memang selalu pengsan macam ni. Alif jangan risaula.”
“Tapi kalau Alif tak biarkan Syakirah tunggu lama tadi, mesti benda ni takkan jadi, umi.”
“Jangan salahkan diri sendiri , Alif. Ini semua ketentuan Allah. Kita kena terima dengan redha.” Ujar wanita separuh abad itu lembut. Ya, semua ketentuan Ilahi.
        Alip terdiam. Kata-katanya mati. Nyata dia masih serabut. Bunyi pintu dibuka buat dia bingkas bangun. Dua orang jururawat menolak keluar katil putih. Syakirah masih belum sedar. Alat bantuan pernafasan setia menemani. Dr. Aisy keluar dengan kad rawatan di tangan. “Bawa ke wad B-21.” Ujarnya pada jururawat tadi. Katil itu ditolak ke arah wad yang dimaksudkan.
Puan Safiah menghampiri doktor muda itu. “Anak saya macam mana?”
        Dr.Aisy menghulurkan kad rawatan kepada ibu pesakit tetapnya. “Syakirah selamat. Cuma elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari ataupun panas dalam tempoh yang terlalu lama. Saya risau kalau perkara macam ni sering sangat berlaku.” Doktor itu diam sejenak. “ Minggu lepas pun kena jugak walaupun tak seteruk kali ni. Syakirah di wad B-21 . Puan boleh lawat dia lepas ni.”
“Terima kasih , doktor.” Ucap Puan Safiah.

         Alip terduduk di kerusi. Ajakan Puan Safiah untuk melawat Syakirah ditolak sopan. Tak sanggup nak berhadapan dengan gadis itu.
 Dia tahu tentang penyakit itu dari mulut Syakirah, 3 tahun lepas. Waktu itu, dia baru selesai mengambil keputusan SPM. Kata Syakirah, penyakit itu dari kecil lagi. Jadi dia selalu dikecualikan dari apa jua aktiviti kokurikulum sekolah. Even nak main di taman pun susah. Serangan yang paling teruk dia kena adalah waktu menghadiri kem anjuran sekolah ketika di tingkatan 3. Waktu itu , Syakirah berkeras nak sertai kem itu. Katanya, dia boleh jaga diri. Hari kedua kem, penyakit itu menyerang sewaktu jungle trekking. Sejak itu, doktor melarang dia dari menyertai mana-mana program sebegitu. Sukar nak percaya yang gadis seriang Syakirah ada penyakit sebegitu. Muka diraup perlahan. Lindungi dia , Ya Allah.

__________________________________________________

alhamdulillah, berjaya jugak siapkan chapter 2. rajin pulak minggu ni, rasa nak post banyak2...hehehe

SMRA!!!!!

MALAS nye thun nie kna ambik SMRA!!!!! Dh la bnyak subjek , sikit tak kalut.... :'(
Nk kena menghafal lg. setelah sekian lama tidak menghafal......
 Itu lah antara keluhan yg aku dpat dengaq dari form 4 thun nie....
TAPI.......
Bila difikir kn blek bnyak kebaikn yg dpat klu belajar subjek deeniyah.... Tak semua org berpeluang belajar subjek nie. Spa yg belajar tu kena manfaat kn... Klu tak sia2 ja belajar klu ilmu tu tak di amalkn..
JANGAN kita fikir klu belajar subjek nie bila keje nnty kena jd ustazah x pon ustaz je.... Bnyak KELEBIHAN nye....
Nnti klu orang tnya pasai agama InsyaALLAH kita mudah utk menjawab...
 INGAT jgn pernah rasa rugi belajar ilmu agama....
 Semoga kita sentiasa dipermudahkn utk mendalami ilmu ALLAH... :)
GOOD LUCK TO CANDIDATE SMRA!!!!
KEEP IT TRY DON'T GIVE UP!!!

My HEARTS is for the ALMIGHTY.

Hidup ni, kadang kala memenatkan, merimaskan dan meletihkan. Hiduplah yang membuatkan air mata sering menitis. Tapi kadang kala, hidup ini jugalah yang membuatkan kita gembira. Yang membuatkan kita ketawa. Seringkali kita dengar , kisah2 menyayat hati yang melanda negara kita. Bunuh diri akibat tertekan dengan kehidupan yang banyak masalah. Melemparkan diri ke kancah maksiat dengan alasan stress dengan masala yang melanda. Fikirnya, masalah akan selesai andai dia berbuat begitu. Tapi adakah dia sedar, yang caranya itu salah?? Apakah dia tahu, cara yang sebenar??

Letih pulak jadi sasterawan ni. Baruku sedar ku boleh buat ayat baku sebegini. Muahahahaha....
Sebenarnya, bukan nak bincang pasal kehidupan. Ada jugakla kaitan dengan kehidupan, tapi lebih tertumpu pada hati.



Cuba teka atas tu gambar apa??
LOVE??
Tepuk tangan untuk diri sendiri, YEayyyy!!
Biasala , remaja nak meningkat dewasa memang takkan lari dari perasaan ni. Biarla dia kata dia tak suka bila dekat dengan lelaki sekalipun atau pun lelaki yang rimas kalau ada apa2 program yang melibatkan perempuan sekalipun, pasti wujud sikit perasaan ni. I do have a friend. Lelaki. Dia selalu kata yang perempuan ni menyusahkan , dia benci perempuan, and etc. Dia sendiri takkan lari dari ada perasaan suka pada seseorang. Buktinya, hati dia dah jatuh pada seseorang ni.

            Aku mengaku, aku sendiri takkan lari dari perasaan tu. Tapi, tak semestinya orang yang kita suka tu , akan jadi milik kita. Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi. Mungkin kita selalu bersembang dengan dia, dia pulak baik dengan kita, minta nasihat dari kita. Tapi tak bermakna yang dia suka pada kita. Allah dah tetapkan jodoh kita dengan siapa. Lagipun, kita masih muda. Tak perlu nak berfikir tentang masalah yang remeh temeh macam ni. Pendam dulu dalam hati. Bila kita berjaya , bila ilmu kita  cukup untuk kita kenal mana yang baik dan mana yang buruk, barulah kita sedar yang menyimpan perasaan yang kita ada tu, lebih baik dari meluahkan saat kita masih tak tahu apa2.

               Buat masa sekarang , tak payah nak fikir pasal pasangan hidup. Ini bukan zaman dulu, waktu perempuan kena kahwin muda. Ini zaman di mana kita perlu berfikir secara rasional. Tetapkan priority kita. Cinta pada siapa yang paling utama. In sya allah, di dalam hati aku, yang paling utama ialah Rabb, seterusnya ialah qudwah aku, Rasulallah , dan kemudiannya ialah ibu bapa aku. Si dia?? Mungkin sudah jauh ketinggalan di belakang.

             Nasihat aku untuk adik2 junior aku di Ibrah, akak bercakap melalui pengalaman. Akak pernah mengharap terlalu tinggi, dan akhirnya akak yang patah hati. Sekarang akak cuba bangun balik, dengan bantuan sahabat2 akak.

- Ketua BADAR yang masih belajar mengenal cinta sejati-

Thursday, 29 May 2014

Sekadar PERKONGSIAN.

"Cuti tu ialah pertemuan kita dengan jahiliah." -Abg Akiff-

Bila dah kata cuti tu, macam2 la yang difikirkan. Aku nak buat apa lah, nak pergi mana lah, nak hangout ke tidak. Atau aku nak tidurrrrrr lama2? Maklumlah, budak asrama.
Alhamdulillah , Allah SWT bagi peluang jumpa dengan abg2 n kakak2 fasi yang ohsem-ohsem tu sebelum balik cuti ni. Dapatlah ilmu nak dibawa time cuti. Banyak pulak perkataan cuti ni. Ni nak share sikit apa yg dapat waktu tamrin.

Abang2 n kakak2 fasi memang best, walaupun agak bengang dengan abg fasi yang sorang nih. Mana taknya, suruh cari dekat kawasan pokok, last2 jumpa bawah timbunan batu. Macam mana la abg fasi dapat idea nak letak kat situ?? =,= ....
Tapi pengisian waktu malam agak mendalam maknanya. Tentang masalah tarbiah atau masalah pelajar di Ibrah. Berhempas pulas la setiap kumpulan nak cari jawapan yang betul. Alhamdulillah, dengan kehadiran sorang kakak senior dalam kumpulan, my group betul satu, tapi satu je la. Kata abang Muta'al , semua benda ni perlu dimulakan dengan dakwah dan tarbiah. Kalau setakat dakwah tanpa tarbiah, atau vice-versa , memang tak jalan. Huaaaa, saya sebagai ketua BADAR agak terasa kepedasan tanggungjawab tu =='. Tapi apa2 pun, terima kasih kepada abang Muta'al yang sudi jawab soalan2 dari kami sampai abang skip post mortem tu sekejap.

Esok tu pulak, kami ada jalan-jalan, atau senang kata menggerakkan dan menggunakan kekuatan kaki yang ada untuk mengelilingi sawah padi. Yeahhhhh!!!
Sebelum bertolak tu ( mcm nak pergi lawatan pulak) , fasi bagi roti, tapi group kami makan lepas balik jalan2 .... Pelik tak??
Abang Zakwan pagi arahan suruh kutip sampah yang ada sepanjang perjalanan. Memang excited nak kutip nih. Tapi bila masuk dalam barisan, rupa2nya agak belakang. Maka kumpulan yang depan akan dapat advantage . Cisdel betul. Tapi takpa.... Kuatkan semangat dah teruskan berjuangggg!!!
Start je jalan, dah nampak sahabat start kutip sampah. Almaklumlah, duduk depan. Tapi satu je kelemahan sahabat. Mereka2 tu kutip yang besar2 je, yang kecik mereka2 tinggal. Maka ini adalah peluang. Dapat dilihat para sahibah dengan excited berlawan sesama sahibah nak kutip sampah. Tapi me relax je. Dah semua pakat lari, kita duduk diam tunggu sampah je la.

Checkpoint pertama.
Abang Akiff punya checkpoint. Tentang dari mana kita datang. Abang Akiff masukkan segala jenis chemical reaction, silica n macam2 lagi la. Siap papyrus pun masuk. Kan sejarah tu. Tapi yang lawaknya, abang Akiff selalu sebut. "Tapi itu bukan point ana." Sahibah banyak yang dah gelak, tapi apa yang abang fasi cakap tu memang menusuk di jiwa. Cehhh... Ayat tak boleh blah.

 And then jalan balik. Sahabat pakat pegang guni dah time tu, ambil mana pun entahla. Sahibah terutamanya group yang belakang2 ni , relax sambil tadabbur alam. Bila nampak sampah ke, botol ke, botol kaca ke. Terus kami kutip. Tapi memang cantik la pemandangan lepas pada taman permainan samapi la rumah burung, Subhanallah. Dengan burung dan pepatung yang berterbangan. Ohh, kan bagus kalau ada camera time tu. Record dalam kepala je la...
 
Checkpoint kedua.
Abang Hisyam pulak yang bercakap. Tentang apa tujuan kita hidup. Jujur nak cakap, memang tak boleh nak tumpu sangat. Pelam depan mata. Omoooo.... Pelammmm. Tapi dengar la jugak point abang Hisyam tuh. ;)

Then sambung jalan balik. Entah macam mana plastik, plastik sampah my group boleh terkoyak. Sampah banyak sangat ke?? Kekeke.... Maka terstopla seketika, nak betulkan plastik tu. Tapi tak lama pun, then jalan balik. Sampai tepi satu kilang ni, sahabat kacau anjing2 yang menetap dalam kilang tu. Nasib baik pagar besi. Tapi, cuba bayangkan anjing2 tu tiba2 lompat keluar n terkam sapa2 yang kacau dia , mesti lawak. :P

Checkpoint terakhir.
Abang apa tah nama dia. Lupa pulak. Tapi abang ni bagi tentang kemana kita akan pergi. Maksudnya sama ada syurga atau neraka. Kita cuma ada dua pilihan saja . TAK Boleh pilih tengah2. Kita taktau sama ada amal ibadat kita cukup atau tak. Maka beribadatlah sebaik mungkin. Betulkan yang wajib, tingkatkan yang sunat. Kurangkan yang harus dan makruh, tinggalkan yang haram.

Last sekali penyampaian hadiah. Waktu tu memang tak terfikir yang group  kitorang akan menang. Bila abang Muta'al panggil tu, rasa nak lurun jantung. Group aku memnag. Alhamdulillah... Habis tu, kami pun buatlah salam semut. Balik asrama tu, terus terjah katil. Nak mandi time tu, mesti full punya. Apa lagi, kita tidur duluuuu.

Setakat tu je la perkongsian kali ni . Terima kasih sudi membaca. Sekiannnn.