Wednesday, 14 February 2018

COLDNESS


“Seeping through my bones, way up to my head, causing a headache.
There I stood, in the coldness alone.
Watching you,
Wrapped in a warm thick cloth, drinking hot chocolate.
Here I am, looking through the window, looking for something to warm me up.
Watching with envy in my eyes,
as small kids running around bringing new things for my friend besides me.
As I pray that they would notice, I need it too.
Wondering who will be the one to bring some warmth to me.
But,
Who are going to do that?
Giving a thick muffler or maybe just a piece of cloth to wrap me up.
Let alone offering a mug of hot chocolate.
To an old tree like me?”



“I was born whenever white fill the Earth.
Sometimes complete with a muffler dyed in red,
sometimes I’m lucky enough to even have eyes. 
I can speak many languages,
 for every country in this world are filled with me.
Kids loves playing with me,
and I’m happy that they make me pretty.
Storm and Sun are my worst enemy,
and maybe some jealous feline or just humanity.
Be glad, oh Old Tree.
You would still be here after Earth is finally free,
from the whiteness of the snow, and Spring knocked on the door.
For a little snowman like me, Death is as easily as 1,2,3.”





This is something from my old notebook, but I add something here and there, correcting my English and so on. Puitis jugak rupanyan Cik Blogger ni dulu2, ada bakat. 

Oklah, Cik Blogger nak pergi kejar idea, entah mana pulak dia pergi. 

Tuesday, 13 February 2018

Just A Little Something

Hai gais!
         Ya... mengikut pengiraan Cik Blogger, it's been more than a year since this blog has been last updated. 3 Februari 2017, sekarang 14 Februari (Yeayy, My Day!) 2018. Nampak tak betapa busynya Cik Bloggers  haa sampai tak sempat nak update blog yang sudah ditinggal sepi mengumpul habuk di hujung corner internet. Tanpa memanjangkan cerita, Cik Blogger nak cerita la sikit.
       Macam ni, Cik Blogger tengah kemas rumah for the big day Mac nanti (Bukan Cik Blogger punya big day ye) jadi ibunda terchenta suruh asingkan apa yang nak dijual dan apa yang nak disimpan sebab buku-buku dari F1 sampaila F5 tak pernah dibuang atau dijual, maka Cik Blogger yang cantik ni pun teruslah dive into the box, mengeluarkan semua jenis buku, kertas conteng, kertas karangan, kertas pidato, kertas exam dan kertas nota yang dah dikumpul sedari awal-awal masuk sekolah.
       Fuhhh! Boleh tahan banyak jugakla. Nasib baik buku teks tak ada, kalau tak naye eden nak mengangkutnya.
       Punggah punya punggah, terjumpala senaskhah buku hijau yang tertulis di atasnya ‘BAHAGIAN PENDIDIKAN JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG’ yang penuh dengan segala luahan zaman fasa emo yakni waktu Cik Blogger dan rakan-rakan berumur 15 tahun. It’s been 5 years. Terasa tua pula di sini.
       Jadi Cik Blogger nak la share sikit kerepek apakah yang ada dalam buku tersebut. Kira macam khazanah alam la gitu.
       Banyak benda dalam ni, tapi Cik Blogger nak share something that is not written by me, but by my friend.
Mine will come later, don’t worry.


FOR YOU!!!
“Dear sis, janganlah cemburu kepada sesuatu yang tidak berfaedah kerana cemburu itu kanser jiwa.

“Cinta pada bunga, bunga akan layu,
Cinta pada manusia, manusia akan mati,
Cinta pada Allah, ialah cinta yang hakiki.”

“Jadilah Mawar Berduri, jangan jadi bunga tahi ayam.”

“Jangan cepat jatuh, jika anda rasa hendak jatuh, cepat-cepatlah cari seseorang yang boleh membuatkan anda berdiri kembali.
Jangan biarkan diri anda jatuh ke tempat yang salah, yang akhirnya membuatkan diri anda terseksa seorang diri.”


Your Sis


Haaaaa…. Amacam?? Tapi itula, takde pulak tertulis tarikhnya. Cik Blogger ingat tahun aje.
Anyway, esok Cik Blogger sambung kongsi.
Nak sambung tengok boboiboy galaksi ni.

Tata.

Friday, 3 February 2017

Cinta VS Cita-Cita

So, esok ada contest Dai'e.
Tajuk yang cik blogger dapat is Cinta VS Cita-cita.

So cik blogger nak merapu sikitla kat sini, test skill.


CINTA VS CITA-CITA

Cinta itu hati.
Cita-cita itu nyawa.
Apa guna hati tanpa nyawa, dan apa guna nyawa tanpa hati.
Hakikatnya, cinta dan cita-cita itu saling memerlukan antara satu sama lain. Tetapi persoalannya di sini, mana yang lebih penting?

Mungkin akan ada yang menjawab cinta, dan mungkin ada juga yang mengatakan bahawa cita-cita itu yang paling utama.

Akan ada yang menolak cita-cita untuk menggapai cinta. Dan ada pula yang menolak cinta untuk menggapai cita-cita.

Jawapan saya.
Gapai kedua-duanya.

Bagaimana? Bukankah bercinta itu akan mengganggu jalan menuju cita-cita?

Bercintalah dengan yang Maha Esa, nescaya cita-citamu tercapai.

Nah, mudah bukan? Cinta dan cita-cita, dapat keduanya.

Tapi, akan ada juga manusia yang nak menangkan cinta manusia. Hujahnya, aku bercinta tetapi aku berjaya.
Soalan saya, adakah anda berjaya meraih cinta hakiki? Adakah yang Maha Esa membenarkan percintaan sebegitu? Adakah apa yang anda lakukan itu berdasarkan syariat Islam yang sebenar? Anda ada jawapannya.

Tanam sebentar perasaan cinta kepada manusia, jagalah pohon cinta kepada hakiki, capailah cita-citamu, dan biarkan perasaan cinta itu bercambah bila sudah tiba waktu yang sesuai.

Love will energize positive power in goal attainment. The first pure love for God, next to the Prophet Muhammad SAW to both our parents. Only then to the other creatures.



The end.

Monday, 30 January 2017

MUSIBAH DUNIA

Since I'm guessing that there's not more than 5 people that read this, or even visited this blog. Might be more but yeah.. Just let me think like that.
I wanna rant.
Let me.
No one can stop me.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 So this morning, someone broke into my house. And all of us are in the house, sleeping.
And I was sleeping downstairs when it happened.

Truth to be told, last night was a bit weird. Everyone seems so sleepy, including me when I usually sleep at 2 or 3 in the morning whenever I'm home.
But last night, I fall asleep before 12. My big bro also sleeps early, even my mother that usually woke up in the middle of the night, didn't.

My phone was beside me, my laptop is at the end of my feet. So yeah, both got taken, including my sister's phone n laptop. And some other things.
I don't really care if you want that laptop or handphones or whatever. Of course, both are important, but what sadden me the most is because of 23.7GB worth of pictures and videos in my laptop. All of my assignment is in there. All of my literature work is in there. All of it.

Mom got real tired. We don't have any money left except my sister's since that idiot robber took everything in my mom's bag. And my dad is in the hospital. He had an operation this morning, but he didn't know anything about this yet. He got admitted yesterday.

So yeah.... I hope whoever did this, your life won't ever be good.



-AJ-


Thursday, 24 March 2016

KASeh 2016

Rasa mcm dah lama sangat cik blogger ni tak update. Dan rasa macam dah lama sangat tak menaip apa2 except update status or apa2 in Bahasa melayu. Almaklumlah, cik blogger ni nak acah2 jadi penulis cerita simple2 gitu.

       Harini, cik blogger nak cerita la sikit about one program yang cik blogger sempat join waktu cuti sekolah haritu. Ye la, daripada mereput kat rumah tak buat apa2.

Nak dijadikan cerita, cik blogger ni takdala apa2 jawatan yg penting pun dalam program tu. Just bertindak sebagai pembantu kepada timbalan S/U je... timbalan S/U pun ada helper??
Then naik pangkat sikit, jadi AJK Hadiah... haaa.. senang tak kerja? Then bila dah bincang-bincang semua, naik lagi pangkat. Jadi Fasilitator.

       Tiba2, cik Timb Kem Kom ada hal pulakkkk... tak boleh nak join dgn adik-adik sepenuh masa.. Haahh.. naik pangkat lagi! Jadi Timb Kem Kom. Waktu tu rasa macam nak balik rumah terus. Yela, dating dengan mind set nak jadi urusetia ja. Alhamdulillah, Allah nak tolong, ada sorang kawan ni, sudi la nak ganti jadi Timb Kem Kom. Lega sikit hati ni.

       Maka proram pun berjalan dengan lancer dan dengan jayanya even if mula-mula tu agak klang kabut (Awak dari Klang ke? Sebab hati saya Klang Kabut tengok awak...). Yang paling tak boleh lupa bila ada aktiviti Star Gazing. Awan malam tu dia seronok tengok ramai orang, jadi dia ajak geng keluar ramai-ramai. Bintang tak nampak sangat tapi Bulan nampak terang. Jadila aktiviti Moon Gazing. Cik Blogger jadi photographer terjun malam tu, sebab photographer asal sibuk buat video.
 
       Seronok jugak Moon Gazing malam tu, cik Blogger berlari-lari nak snap gambar adik-adik and lastly fed up sebab gelap tahap ya amat. Guna pulak camera mahal, tak pandai saya. Tapi ada jugakla gambar yang boleh nak guna. Kekekee...

              Esok tu, main belon. Fasi yang paling excited, even if kalah jugak lawan dengan adik-adik. Ye la, 40 VS 8... Lepas habis main, masa untuk gotong royong. Masa ni cik blogger tak join, cik Blogger menyibuk dekat Team Multimedia.

           Then macam biasala, majlis penutup , penyampaian hadiah and so on. Ohh... jadi famous sekejap sebab parents nak snap gambar.. kikikiki..

         Okla, Cik Blogger dah takdak Idea, jadi cik Blogger sertakan beberapa keping gambar untuk dihayati.





Comel tak???



Sesi mengikat riben.


Bulatan Gembira
 








Barisan Fasilitator dan Urusetia Sahibah... tak cukup sorang T^T

                                                      
Barisan Fasilitator dan Urusetia Sahabat

Friday, 12 June 2015

Haters or the one to be hated? Not sure.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Sihat? Bagusla kalau tak sakit. Cik blogger yang comel lagi cantik plus baik  ni sihat ke tidak? Ehh, sihat je. Okla, xnak panjangkan sangat pembacaan mengkome-mengkome ni, kang ngantuk pulak. Kita straight ke topik je la ye.

"Aku menyampah betul la minah A ni, suka perasan bagus, bajet betul. Pot pet pot pet..."
"Entah. Dahla tak cantik, mengada-ngada. Ingat aku tak tahu yang minah A tu guna bla bla bla..."
" Jom bash dia nak?"


 Pernah kena situasi di atas? Tak pernah? Alhamdulillah la gitu. Maknanya awak ni baik sangat. Tapi kalau pernah? Alhamdulillah jugak. Awak ada halangan dan peluang untuk terus maju ke hadapan.

" Kiranya kalau tak pernah kena xde peluang la?"

Eh, takla. Semua ada peluang. Yang beza halangan je. Jangan risau, Cik blogger yang comel yakin korang semua ada peluang. Just believe in yourself. Aceewaaahh.... Terspeaking pulak kat sinu.

"Apa fungsi haters ni?"

           Ehem. Hhuuuiihh, haters ni banyak fungsinya. Fungsi yang pertama ialah membenci ok, kasar sangat. Kita bagi lembut sikit. Macam mana nak bagi lembut, rendam dalam air panas selama.... Ok, berbalik kepada tadi, perkataan yang lembut sikit ialah tak suka. Dah nama pun haters, mestila gonna hate right? Sama la macam situasi tadi (xnak ulang dah) perangai tak mau nak bagi elok, mengata orang buta. Apa kaitan? Ngantuk sebenarnya. Haters ni, kadang2 sebenarnya kurang kasih sayang. Jeles tengok orang lain happy. Kan, rasa macam terkena batang hidung sendiri pulak.
        Haters jugak merupakan salah satu penyumbang terbesar kita. Penyumbang apa? Teka la cepat. Ok, Cik blogger bagi masa.
Masa mula.
Masa tamat.
 Dah tahu? Tak tahu jugak. Ish ish ish... Takpela, Cik blogger bagitau ok. Penyumbang PAHALA. Kenapa pahala? Laaaa... Bila si haters tu ngumpat or mengata belakang kita, kan kita dapat pahala.
Amacam, bagus tak? Best apa ada haters ni... Hahahaha...
       Tak jugak sebenarnya. Kita yang ada haters ni, memang kena banyak sabar. Ada je cara dia nak sakitkan hati kita. Tambah-tambah pulak yang style memang tunjuk depan. Post moment pon memang nampak sangat tak suka, mengata depan2, kuat2. Ok kena batang hidung lagi. :3 .Haters ni pun, kesian jugak kat diorang sebenarnya. Bertambah dosa diorang ngumpat or mengata belakang kita. Jadi, kita-kita yang ada haters ni, maaf-maafkanlah diorang. Doa banyak- banyak supaya diorang boleh berubah dari haters kepada friends. Kan best macam tu.

           Cik blogger taknakla membebel panjang2. Takut2 sang pembaca menguap. Haaa... Jangan menguap! Tutup mulut!
           Sebelum tu, nak kongsi satu kisah ni. Kenal Miley Cyrus? Yang famous dengan lagu wrekcing ball tu, yang menyanyi atas bola besar tu, yang rambut2 tu... Alllaaaa... Yang tu la.
Haaa.. Dia tu banyak haters. Cik blogger pun tak pasti kenapa, tapi banyak la yang pastinya.
Dia kata macam ni tau.
         "My whole thing is, haters are gonna hate, but haters are also going to click on your Youtube video just to watch it, so i don't really care. You helped me break the record, even if you are watching it just to hate on me and now I hold the record. I win."

Haaa, nampak tak? Positifnye si Miley ni. Jadi korang pun kena la positive always. Biar la orang lain nak kata apa. Mulut orang bukan kita boleh tutup pun. Kalau dilayan kang buat sakit hati.. so biar je. Lama-lama dia penat, stopla tu.
Cik blogger lupa la pulak nk bgitau apa tadi. Kejap ehh.. nak ingat balik.


Ok dah ingat. Nampak atas tu? Haa.. ingat2 la ye. Even if susah nak sangka baik sekalipun,  cuba jugak. Insyaallah lama2 okay punya.
          Satu lagi. Untuk orang2 yg ada haters ni, jgn sedih pulak sebab banyak haters. Ketahuilah anda-anda ini terlalu famous sampai haters envious dengan anda. Kalau boleh, try la cakap dengan haters tu baik-baik. Mana tahu ada salah faham ke apa ke. Kita ni bukanla Miley Cyrus nak buat dono kat haters tu. Almaklumlah, satu sekolah. Hehehee...


  Apa-apa pun, all the best for both of you, haters and the one to be hated. Betul ke english aku ni? Tak kisahla.

Adìos, muchachas.

Monday, 8 June 2015

Sebab Aku Jahil

"Haahhh..."keluhan terlepas.
"Mengeluh panjang nampak. Letih sangat ke?" Kaki dilunjur, menghilangkan rasa lenguh.
Angguk. "Ayong tak letih ke, asyik buat benda sama je. Macam takde beza pun." Insyirah merungut, tangan mencapai botol air mineral di tepi beg sandang.
"Entah. Biasa je Ayong rasa." Smartphone dikeluarkan dari poket baju. Tangkas jari berlari di atas screen.
Insyirah menyenget ke tepi. "Ayong buat apa tu?"
       "Ni haa, kawan hantar borang. Nak ikut ke?" Kening terjongket sebelah.
"Hooo, terima kasih je laaa. Tak kuasa Syirah nak join." Tudung biru tua ditarik melepasi kepala. "Ayong, kalau Syirah nak tanya something boleh tak?"
"Sejak bila adik Ayong pandai mintak izin ni? Bukan selalu serbu je ke?" Smartphone dibiarkan atas lantai. Jari jemari diletupkan, menghilangkan rasa lenguh.
Insyirah mencebik. "Ish, tak payah nak loyar buruk la , Yong. Orang serious ni."
 Durrah tertawa. "Ayong pun serious la ni. Tanya je la, nak mintak permisi-permisi pulak."

        Syiling kosong direnung. "Kenapa Ayong suka sangat join program?"
Jari diletakkan di dagu, gaya orang berfikir. "Syirah tanya pasal program yang mana? Kem? Motivasi? Kempen?"
"Semuala. Asalkan nama dia program." Lengan baju dilipat sampai siku, lantas butang on pada kipas ditekan.
Durrah senyum. "Sebab Ayong jahil lagi."
Dua kening bertaut. "Jahil?"
        Gadis berselendang merah jambu itu berdiri. "Sebab Ayong rasa yang Ayong still tak faham Islam sepenuhnya, tak ambil Islam sebenuhnya." Kaki melangkah ke dapur. Peti sejuk dibuka, botol air laici dikeluarkan. Dia gapai dua gelas dan letak atas meja. Kerusi kayu putih dihuni.
Insyirah turut berdiri. Kaki mula melangkah. "Tapi..."
"Off dulu kipas tu. Bazir." Durrah pantas memotong.
Kaki berpatah balik dan tekan butang off pada kipas.
          Isi dalam botol dituang ke dalam cawan. Air diteguk membasahkan tekak yang kering.
Punggung dihenyak atas kerusi berhadapan Durrah. "Apa maksud Ayong, tak faham Islam. Syirah tengok Ayong solat okay je. Baca al-quran siap tarannum lagi. Apa yang tak faham?"
       "Insyirah Naurah, solat okay, baca al-quran sedap, tudung labuh bidang 80 sekalipun, tak bermaksud dia tu faham Islam sepenuhnya. Bukan Ayong nak kata orang pakai tudung labuh, tutup aurat tu tak faham Islam. Tapi pakaian or perbuatan kita tak melambangkan tingginya iman kita." Air diteguk lagi. Sedap pulak air ni harini. Semalam tak sedap ke?
"Tapi kalau dia pakai tudung labuh mestila dia faham Islam. Macam ustazah dekat sekolah. Ustaz-ustaz yang hebat kan semua pakai jubah. Tak gitu, Yong?" Tangan dah mula bergerak.
Habislaaa, Syirah masuk mode bahas dah ni. Senyum lagi. "Syirah kenal Ustaz Don kan?"
"Kenal. Kenapa?"
"Tau tak yang Ustaz Don pernah pergi kedai mamak, pakai singlet dengan seluar track je." Tangan mendopang dagu.
Insyirah terkejut. "Biar betik Ayong ni? Takkan pergi kedai macam tu je?"
Angguk sekali. "Betul. Mentor Ayong yang cerita. Dia duduk kawasan dekat dengan rumah Ustaz Don."

       "Fuyyoo.. dahsyat ustaz tu. Ehh, tersasul jauh dah ni." Dia berdehem perlahan. "Berbalik pada soalan Syirah mula-mula tadi. Kenapa Ayong suka ikut program?"
         "Bagi Ayong, program tu macam salah satu cara untuk kenal Allah, kenal Islam, kenal Rasulallah dengan lebih mendalam."
"Duduk rumah pun boleh je. Internet kan ada. Tv pun ada. Bukak je la tanyala ustaz ke, tanyala ustazah ke,tanyala atuk ke. Tak ke senang je macam tu." Gelas berisi air laici dipegang, diletakkan di bibir. Air berperisa itu laju menuruni anak tekak.
          "Takde feel la kalau tengok macam tu je. Dia kena experience, barula melekat di hati ni haa." Telunjuk kiri ditala pada dada. "Lagipun kalau pergi experience sendiri, baru kita faham lebih mendalam. Tak faham je tanya on the spot. Tak payah call or apa-apa yang lain. Kan senang."
"Kalau yang Ayong pergi kempen tu, macam mana pulak? Bukannya ada pengisian." Tak puas hati.
"Yang tu, untuk Ayong sendiri sampaikan untuk orang lain. Untuk Ayong amalkan apa yang Ayong dapat daripada program-program yang Ayong pernah pergi. Sebab Ayong nak orang lain pun dapat Islam sepenuhnya." Durrah berdiri.
"Ayong nak pergi mana? Syirah tak habis tanya lagi ni." Cebik.
"Kejapla. Pergi sana je. Kalut la Syirah ni." Dia melangkah ke ruang tamu. Beg sandang hijau biru laut digapai. Dia tarik zip bahagian paling besar. 2 buah buku berbalut kemas dikeluarkan. Langkah diatur semula ke dapur. Buku tadi dihulur pada Insyirah. Dia duduk semula atas kerusi.
        Tangan belek buku. Henshin dan Tarbiyyah Sentap? "Apa ni?"
"Bukula. Takkan tak tau kot." Selamba dia jawab.
"Ish, orang taula buku. Tapi untuk apa?" Muka surat Henshin diselak-selak sekilas.
Durrah habiskan air laici dalam gelas. Dia menapak ke singki. Gelas kaca itu dibilas di bawah aliran air paip. "Untuk adik Ayong yang banyak songeh mengalahkan Fateh anak Kaksu Ira. Try baca. Best buku tu."
Buku di tangan direnung lama. "Hmmmm.. ok. Syirah nak naik atas dulu. Nak baca buku ni." Kerusi ditolak kedalam. Gelas kaca diletakkan dalam singki. "Ayong tolong basuh. Heee..." senyum segaris.
"Ye la. Tapi nanti Syirah tolong masak nasi tau. Ayong ada assigment tak siap lagi ni. Thanks lil pie." Tangan basah dikeringkan pada tuala kecil.
"Bereh boss." Insyirah membalas sebelum hilang di balik dinding.

        Mintak-mintak Syirah faham apa yang Ayong cuba sampaikan. Oh ya, nak masak lauk apa eh??




JUST A SHORT STORY DI KALA HUJAN MELANDA. OKLAH, SAYA MAHU KUMPUL ENERGY DAN IDEA.
-sekadar coretan dari pendosa-