"Haahhh..."keluhan terlepas.
"Mengeluh panjang nampak. Letih sangat ke?" Kaki dilunjur, menghilangkan rasa lenguh.
Angguk. "Ayong tak letih ke, asyik buat benda sama je. Macam takde beza pun." Insyirah merungut, tangan mencapai botol air mineral di tepi beg sandang.
"Entah. Biasa je Ayong rasa." Smartphone dikeluarkan dari poket baju. Tangkas jari berlari di atas screen.
Insyirah menyenget ke tepi. "Ayong buat apa tu?"
"Ni haa, kawan hantar borang. Nak ikut ke?" Kening terjongket sebelah.
"Hooo, terima kasih je laaa. Tak kuasa Syirah nak join." Tudung biru tua ditarik melepasi kepala. "Ayong, kalau Syirah nak tanya something boleh tak?"
"Sejak bila adik Ayong pandai mintak izin ni? Bukan selalu serbu je ke?" Smartphone dibiarkan atas lantai. Jari jemari diletupkan, menghilangkan rasa lenguh.
Insyirah mencebik. "Ish, tak payah nak loyar buruk la , Yong. Orang serious ni."
Durrah tertawa. "Ayong pun serious la ni. Tanya je la, nak mintak permisi-permisi pulak."
Syiling kosong direnung. "Kenapa Ayong suka sangat join program?"
Jari diletakkan di dagu, gaya orang berfikir. "Syirah tanya pasal program yang mana? Kem? Motivasi? Kempen?"
"Semuala. Asalkan nama dia program." Lengan baju dilipat sampai siku, lantas butang on pada kipas ditekan.
Durrah senyum. "Sebab Ayong jahil lagi."
Dua kening bertaut. "Jahil?"
Gadis berselendang merah jambu itu berdiri. "Sebab Ayong rasa yang Ayong still tak faham Islam sepenuhnya, tak ambil Islam sebenuhnya." Kaki melangkah ke dapur. Peti sejuk dibuka, botol air laici dikeluarkan. Dia gapai dua gelas dan letak atas meja. Kerusi kayu putih dihuni.
Insyirah turut berdiri. Kaki mula melangkah. "Tapi..."
"Off dulu kipas tu. Bazir." Durrah pantas memotong.
Kaki berpatah balik dan tekan butang off pada kipas.
Isi dalam botol dituang ke dalam cawan. Air diteguk membasahkan tekak yang kering.
Punggung dihenyak atas kerusi berhadapan Durrah. "Apa maksud Ayong, tak faham Islam. Syirah tengok Ayong solat okay je. Baca al-quran siap tarannum lagi. Apa yang tak faham?"
"Insyirah Naurah, solat okay, baca al-quran sedap, tudung labuh bidang 80 sekalipun, tak bermaksud dia tu faham Islam sepenuhnya. Bukan Ayong nak kata orang pakai tudung labuh, tutup aurat tu tak faham Islam. Tapi pakaian or perbuatan kita tak melambangkan tingginya iman kita." Air diteguk lagi. Sedap pulak air ni harini. Semalam tak sedap ke?
"Tapi kalau dia pakai tudung labuh mestila dia faham Islam. Macam ustazah dekat sekolah. Ustaz-ustaz yang hebat kan semua pakai jubah. Tak gitu, Yong?" Tangan dah mula bergerak.
Habislaaa, Syirah masuk mode bahas dah ni. Senyum lagi. "Syirah kenal Ustaz Don kan?"
"Kenal. Kenapa?"
"Tau tak yang Ustaz Don pernah pergi kedai mamak, pakai singlet dengan seluar track je." Tangan mendopang dagu.
Insyirah terkejut. "Biar betik Ayong ni? Takkan pergi kedai macam tu je?"
Angguk sekali. "Betul. Mentor Ayong yang cerita. Dia duduk kawasan dekat dengan rumah Ustaz Don."
"Fuyyoo.. dahsyat ustaz tu. Ehh, tersasul jauh dah ni." Dia berdehem perlahan. "Berbalik pada soalan Syirah mula-mula tadi. Kenapa Ayong suka ikut program?"
"Bagi Ayong, program tu macam salah satu cara untuk kenal Allah, kenal Islam, kenal Rasulallah dengan lebih mendalam."
"Duduk rumah pun boleh je. Internet kan ada. Tv pun ada. Bukak je la tanyala ustaz ke, tanyala ustazah ke,tanyala atuk ke. Tak ke senang je macam tu." Gelas berisi air laici dipegang, diletakkan di bibir. Air berperisa itu laju menuruni anak tekak.
"Takde feel la kalau tengok macam tu je. Dia kena experience, barula melekat di hati ni haa." Telunjuk kiri ditala pada dada. "Lagipun kalau pergi experience sendiri, baru kita faham lebih mendalam. Tak faham je tanya on the spot. Tak payah call or apa-apa yang lain. Kan senang."
"Kalau yang Ayong pergi kempen tu, macam mana pulak? Bukannya ada pengisian." Tak puas hati.
"Yang tu, untuk Ayong sendiri sampaikan untuk orang lain. Untuk Ayong amalkan apa yang Ayong dapat daripada program-program yang Ayong pernah pergi. Sebab Ayong nak orang lain pun dapat Islam sepenuhnya." Durrah berdiri.
"Ayong nak pergi mana? Syirah tak habis tanya lagi ni." Cebik.
"Kejapla. Pergi sana je. Kalut la Syirah ni." Dia melangkah ke ruang tamu. Beg sandang hijau biru laut digapai. Dia tarik zip bahagian paling besar. 2 buah buku berbalut kemas dikeluarkan. Langkah diatur semula ke dapur. Buku tadi dihulur pada Insyirah. Dia duduk semula atas kerusi.
Tangan belek buku. Henshin dan Tarbiyyah Sentap? "Apa ni?"
"Bukula. Takkan tak tau kot." Selamba dia jawab.
"Ish, orang taula buku. Tapi untuk apa?" Muka surat Henshin diselak-selak sekilas.
Durrah habiskan air laici dalam gelas. Dia menapak ke singki. Gelas kaca itu dibilas di bawah aliran air paip. "Untuk adik Ayong yang banyak songeh mengalahkan Fateh anak Kaksu Ira. Try baca. Best buku tu."
Buku di tangan direnung lama. "Hmmmm.. ok. Syirah nak naik atas dulu. Nak baca buku ni." Kerusi ditolak kedalam. Gelas kaca diletakkan dalam singki. "Ayong tolong basuh. Heee..." senyum segaris.
"Ye la. Tapi nanti Syirah tolong masak nasi tau. Ayong ada assigment tak siap lagi ni. Thanks lil pie." Tangan basah dikeringkan pada tuala kecil.
"Bereh boss." Insyirah membalas sebelum hilang di balik dinding.
Mintak-mintak Syirah faham apa yang Ayong cuba sampaikan. Oh ya, nak masak lauk apa eh??
JUST A SHORT STORY DI KALA HUJAN MELANDA. OKLAH, SAYA MAHU KUMPUL ENERGY DAN IDEA.
-sekadar coretan dari pendosa-
No comments:
Post a Comment