Hai gais!
Ya... mengikut
pengiraan Cik Blogger, it's been more than a year since this blog has been last
updated. 3 Februari 2017, sekarang 14 Februari (Yeayy, My Day!) 2018. Nampak
tak betapa busynya Cik Bloggers haa sampai tak sempat nak update blog
yang sudah ditinggal sepi mengumpul habuk di hujung corner internet. Tanpa
memanjangkan cerita, Cik Blogger nak cerita la sikit.
Macam ni, Cik Blogger tengah
kemas rumah for the big day Mac nanti (Bukan Cik Blogger punya big day ye) jadi
ibunda terchenta suruh asingkan apa yang nak dijual dan apa yang nak disimpan
sebab buku-buku dari F1 sampaila F5 tak pernah dibuang atau dijual, maka Cik
Blogger yang cantik ni pun teruslah dive into the box, mengeluarkan semua jenis
buku, kertas conteng, kertas karangan, kertas pidato, kertas exam dan kertas
nota yang dah dikumpul sedari awal-awal masuk sekolah.
Fuhhh! Boleh tahan banyak jugakla. Nasib
baik buku teks tak ada, kalau tak naye eden nak mengangkutnya.
Punggah punya punggah, terjumpala
senaskhah buku hijau yang tertulis di atasnya ‘BAHAGIAN PENDIDIKAN JABATAN HAL
EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG’ yang penuh dengan segala luahan zaman fasa emo
yakni waktu Cik Blogger dan rakan-rakan berumur 15 tahun. It’s been 5 years.
Terasa tua pula di sini.
Jadi Cik Blogger nak la share sikit
kerepek apakah yang ada dalam buku tersebut. Kira macam khazanah alam la gitu.
Banyak benda dalam ni, tapi Cik Blogger
nak share something that is not written by me, but by my friend.
Mine will come later, don’t worry.
FOR YOU!!!
“Dear sis, janganlah cemburu kepada sesuatu yang tidak berfaedah kerana cemburu itu kanser jiwa.”
“Cinta pada bunga, bunga akan layu,
Cinta pada manusia, manusia akan mati,
Cinta pada Allah, ialah cinta
yang hakiki.”
“Jadilah Mawar Berduri,
jangan jadi bunga tahi ayam.”
“Jangan cepat jatuh, jika
anda rasa hendak jatuh, cepat-cepatlah cari seseorang yang boleh membuatkan anda
berdiri kembali.
Jangan biarkan diri anda jatuh ke tempat yang salah, yang akhirnya
membuatkan diri anda terseksa seorang diri.”
Your Sis
Haaaaa…. Amacam?? Tapi itula, takde
pulak tertulis tarikhnya. Cik Blogger ingat tahun aje.
Anyway, esok Cik Blogger sambung kongsi.
Nak sambung tengok boboiboy galaksi ni.
Tata.
No comments:
Post a Comment