Friday, 30 May 2014

Friend + Ship 2



Berdiri.
Rasa lenguh pulak kaki, so dia duduk.
        Aishh, risaula. Dia bangun dan jalan mundar-mandir depan pintu putih tu. Hujung t-shirt Adidas lengan panjang yang dipakai ditarik sedikit. Dah dekat sejam ni, okay ke tak kat dalam tu. Dia menghampiri pintu putih yang menjadi penghalang antara dia dengan pesakit yang tengah terbaring kat dalam tu. Nampak samar-samar wajah si pesakit dengan alat bantuan pernafasan di muka. Rambut diraup kasar. Serabut. Macam mana la aku boleh lupa yang dia tak boleh duduk bawah panas lama-lama? Alip pejam mata rapat. Scene dekat taman tadi masih berputar di minda.

       Alip tunduk renung pasir di kaki. Dah dekat setengah jam dia sampai, tapi Kira still taknak cakap dengan dia. Angkat muka ja nampak Kira tengah khusyuk buat kerja. Dia mengeluh. Terus dia baring atas kerusi batu tu. Dari aku jadi macam tunggul, baik aku tidur. Mata dipejam. Panas petang dia buat tak tahu. Kisah hape aku, asal aku boleh tidur.
           Kira panggung kepala dari laptop depan mata. Senyuman nipis terukir bila nampak si Alip tu seronok tidur. Kesian la pulak. Takpela, dia bangun nanti aku mintak tolong dia. Baru je dia nak sambung buat kerja, dada terasa senak tiba-tiba. Tangan kanan diletakkan pada dada. Jantung Kira berdegup laju.
 Damn, not now. Tangan kiri menyelongkar beg galas, mencari inhaler.
         Mana pulak inhaler ni. Nafasnya makin berat. Hidung dah rasa macam tak berfungsi. Nafas dihembus keluar melalui mulut. Bila dah yakin yang memang inhaler tiada di dalam beg, Kira toleh tepi. Badan Alip digoyangkan. Suara dah tak keluar dari kerongkong. Tersekat.
Alip buka mata bila rasa macam ada orang kacau tidur dia. Mesti Syakirah ni.
“Syakirah, kau nak...” ayat dia tergantung. Terus dia panik bila nampak muka Kira yang pucat.
“Hei, kau kenapa?” kalut-kalut dia tanya.
Kira tunjuk dada. Mulut dia bergerak-gerak macam nak bagitau sesuatu tapi tiada suara yang kedengaran.
Alip terus sumbat laptop dalam beg galas Kira. Gadis itu segera dipapah ke arah teksi yang banyak teratur di tepi taman itu. Pintu salah satu teksi dibuka. Kira diletakkan di tempat duduk belakang.
“ Pakcik, pergi hospital sekarang!”

“Alif!”
Lamunan dia terhenti bila namanya dipanggil . “Umi.” Ujarnya sepatah.
Puan Safiah menghampiri anak muda yang tertunduk dihadapan pintu bilik rawatan. “Syakirah macam mana?” soalnya lembut.
    Alip toleh tengok pintu putih yang masih belum terbuka dari tadi. Rasa bersalah menebal di hati. Tak sanggup nak bersua muka dengan ibu Syakirah.
     Mata Puan Safiah redup melihat Alip yang nampak resah. “Jom duduk dulu. Umi tengok Alif macam serabut je.” Digamitnya anak muda yang sudah dianggap macam anak sendiri tu.
Alip ikut tanpa membantah. Sunyi menguasai suasana.
“Alif jangan risaula, umi tak salahkan Alif.” Puan Safiah mula bicara. “Lagipun, Syakirah memang selalu pengsan macam ni. Alif jangan risaula.”
“Tapi kalau Alif tak biarkan Syakirah tunggu lama tadi, mesti benda ni takkan jadi, umi.”
“Jangan salahkan diri sendiri , Alif. Ini semua ketentuan Allah. Kita kena terima dengan redha.” Ujar wanita separuh abad itu lembut. Ya, semua ketentuan Ilahi.
        Alip terdiam. Kata-katanya mati. Nyata dia masih serabut. Bunyi pintu dibuka buat dia bingkas bangun. Dua orang jururawat menolak keluar katil putih. Syakirah masih belum sedar. Alat bantuan pernafasan setia menemani. Dr. Aisy keluar dengan kad rawatan di tangan. “Bawa ke wad B-21.” Ujarnya pada jururawat tadi. Katil itu ditolak ke arah wad yang dimaksudkan.
Puan Safiah menghampiri doktor muda itu. “Anak saya macam mana?”
        Dr.Aisy menghulurkan kad rawatan kepada ibu pesakit tetapnya. “Syakirah selamat. Cuma elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari ataupun panas dalam tempoh yang terlalu lama. Saya risau kalau perkara macam ni sering sangat berlaku.” Doktor itu diam sejenak. “ Minggu lepas pun kena jugak walaupun tak seteruk kali ni. Syakirah di wad B-21 . Puan boleh lawat dia lepas ni.”
“Terima kasih , doktor.” Ucap Puan Safiah.

         Alip terduduk di kerusi. Ajakan Puan Safiah untuk melawat Syakirah ditolak sopan. Tak sanggup nak berhadapan dengan gadis itu.
 Dia tahu tentang penyakit itu dari mulut Syakirah, 3 tahun lepas. Waktu itu, dia baru selesai mengambil keputusan SPM. Kata Syakirah, penyakit itu dari kecil lagi. Jadi dia selalu dikecualikan dari apa jua aktiviti kokurikulum sekolah. Even nak main di taman pun susah. Serangan yang paling teruk dia kena adalah waktu menghadiri kem anjuran sekolah ketika di tingkatan 3. Waktu itu , Syakirah berkeras nak sertai kem itu. Katanya, dia boleh jaga diri. Hari kedua kem, penyakit itu menyerang sewaktu jungle trekking. Sejak itu, doktor melarang dia dari menyertai mana-mana program sebegitu. Sukar nak percaya yang gadis seriang Syakirah ada penyakit sebegitu. Muka diraup perlahan. Lindungi dia , Ya Allah.

__________________________________________________

alhamdulillah, berjaya jugak siapkan chapter 2. rajin pulak minggu ni, rasa nak post banyak2...hehehe

No comments:

Post a Comment