Thursday, 29 May 2014

Sekadar PERKONGSIAN.

"Cuti tu ialah pertemuan kita dengan jahiliah." -Abg Akiff-

Bila dah kata cuti tu, macam2 la yang difikirkan. Aku nak buat apa lah, nak pergi mana lah, nak hangout ke tidak. Atau aku nak tidurrrrrr lama2? Maklumlah, budak asrama.
Alhamdulillah , Allah SWT bagi peluang jumpa dengan abg2 n kakak2 fasi yang ohsem-ohsem tu sebelum balik cuti ni. Dapatlah ilmu nak dibawa time cuti. Banyak pulak perkataan cuti ni. Ni nak share sikit apa yg dapat waktu tamrin.

Abang2 n kakak2 fasi memang best, walaupun agak bengang dengan abg fasi yang sorang nih. Mana taknya, suruh cari dekat kawasan pokok, last2 jumpa bawah timbunan batu. Macam mana la abg fasi dapat idea nak letak kat situ?? =,= ....
Tapi pengisian waktu malam agak mendalam maknanya. Tentang masalah tarbiah atau masalah pelajar di Ibrah. Berhempas pulas la setiap kumpulan nak cari jawapan yang betul. Alhamdulillah, dengan kehadiran sorang kakak senior dalam kumpulan, my group betul satu, tapi satu je la. Kata abang Muta'al , semua benda ni perlu dimulakan dengan dakwah dan tarbiah. Kalau setakat dakwah tanpa tarbiah, atau vice-versa , memang tak jalan. Huaaaa, saya sebagai ketua BADAR agak terasa kepedasan tanggungjawab tu =='. Tapi apa2 pun, terima kasih kepada abang Muta'al yang sudi jawab soalan2 dari kami sampai abang skip post mortem tu sekejap.

Esok tu pulak, kami ada jalan-jalan, atau senang kata menggerakkan dan menggunakan kekuatan kaki yang ada untuk mengelilingi sawah padi. Yeahhhhh!!!
Sebelum bertolak tu ( mcm nak pergi lawatan pulak) , fasi bagi roti, tapi group kami makan lepas balik jalan2 .... Pelik tak??
Abang Zakwan pagi arahan suruh kutip sampah yang ada sepanjang perjalanan. Memang excited nak kutip nih. Tapi bila masuk dalam barisan, rupa2nya agak belakang. Maka kumpulan yang depan akan dapat advantage . Cisdel betul. Tapi takpa.... Kuatkan semangat dah teruskan berjuangggg!!!
Start je jalan, dah nampak sahabat start kutip sampah. Almaklumlah, duduk depan. Tapi satu je kelemahan sahabat. Mereka2 tu kutip yang besar2 je, yang kecik mereka2 tinggal. Maka ini adalah peluang. Dapat dilihat para sahibah dengan excited berlawan sesama sahibah nak kutip sampah. Tapi me relax je. Dah semua pakat lari, kita duduk diam tunggu sampah je la.

Checkpoint pertama.
Abang Akiff punya checkpoint. Tentang dari mana kita datang. Abang Akiff masukkan segala jenis chemical reaction, silica n macam2 lagi la. Siap papyrus pun masuk. Kan sejarah tu. Tapi yang lawaknya, abang Akiff selalu sebut. "Tapi itu bukan point ana." Sahibah banyak yang dah gelak, tapi apa yang abang fasi cakap tu memang menusuk di jiwa. Cehhh... Ayat tak boleh blah.

 And then jalan balik. Sahabat pakat pegang guni dah time tu, ambil mana pun entahla. Sahibah terutamanya group yang belakang2 ni , relax sambil tadabbur alam. Bila nampak sampah ke, botol ke, botol kaca ke. Terus kami kutip. Tapi memang cantik la pemandangan lepas pada taman permainan samapi la rumah burung, Subhanallah. Dengan burung dan pepatung yang berterbangan. Ohh, kan bagus kalau ada camera time tu. Record dalam kepala je la...
 
Checkpoint kedua.
Abang Hisyam pulak yang bercakap. Tentang apa tujuan kita hidup. Jujur nak cakap, memang tak boleh nak tumpu sangat. Pelam depan mata. Omoooo.... Pelammmm. Tapi dengar la jugak point abang Hisyam tuh. ;)

Then sambung jalan balik. Entah macam mana plastik, plastik sampah my group boleh terkoyak. Sampah banyak sangat ke?? Kekeke.... Maka terstopla seketika, nak betulkan plastik tu. Tapi tak lama pun, then jalan balik. Sampai tepi satu kilang ni, sahabat kacau anjing2 yang menetap dalam kilang tu. Nasib baik pagar besi. Tapi, cuba bayangkan anjing2 tu tiba2 lompat keluar n terkam sapa2 yang kacau dia , mesti lawak. :P

Checkpoint terakhir.
Abang apa tah nama dia. Lupa pulak. Tapi abang ni bagi tentang kemana kita akan pergi. Maksudnya sama ada syurga atau neraka. Kita cuma ada dua pilihan saja . TAK Boleh pilih tengah2. Kita taktau sama ada amal ibadat kita cukup atau tak. Maka beribadatlah sebaik mungkin. Betulkan yang wajib, tingkatkan yang sunat. Kurangkan yang harus dan makruh, tinggalkan yang haram.

Last sekali penyampaian hadiah. Waktu tu memang tak terfikir yang group  kitorang akan menang. Bila abang Muta'al panggil tu, rasa nak lurun jantung. Group aku memnag. Alhamdulillah... Habis tu, kami pun buatlah salam semut. Balik asrama tu, terus terjah katil. Nak mandi time tu, mesti full punya. Apa lagi, kita tidur duluuuu.

Setakat tu je la perkongsian kali ni . Terima kasih sudi membaca. Sekiannnn.

No comments:

Post a Comment