Monday, 9 June 2014

KEBOSANAN Melanda, maka terhasillah tajuk ini.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.... Haaa, jawab jangan tak jawab. Tapi yang sahabat tu, err, tak jawab pun takpa. Makruh. Hehe....

Sebenarnya dan sejujurnya, nak type apa pun ambo dop tau. Maybe sebab terlalu bosan mencari kalau2 ada retak di siling yang boleh dikira dan hasilnya tiada, maka tanganku  jemariku menemui jalannya untuk menghilangkan kegatalan nak menaip. Oh, ambo dah dapat idea nak kongsikan tentang apa.

 Pernah dengar perkataan HIPOKRIT?? Tau tak hipokrit tu maksud apa?? Kalau tak tau, google sendrir la ye...

                       Selalunya hipokrit ni orang kata talam dua muka. Dengan family dia mcm ni, dengan friends dia mcm tu. Tapi rasanya better kalau nak kata yang hipokrit is some acts yang very the not you. Faham tak mcm mana?? Kiranya orang yang hipokrit ni dia menyembunyikan dirinya sendiri. Bukanlah sembunyi macam menyorok(bukan bersarapan ye) dalam almari or di sebalik timbunan patung beruang atau mungkin di belakang pintu, tapi sebliknya hipokrit ni lebih kepada menyembunyikan personaliti sebenar kita or pretending la senang kata.

                       Kalau yang definasi talam dua muka yang ambo bagi tadi tu, maybe tak relevan kot. Ye la, mana nak tau bila dengan family dia kena matang sikt cause ada tanggungjawab ke, and dia rasa dengan friends je dia boleh nak buat lawak tahap giga. Melepak di Giant semata-mata nak beli satu Cool Blog. Buat kuak lentang dalam kolah. Singgah rumah Sis F lama-lama sebab nak pilih tudung. Guling-guling atas jalan tar dekat Sedim macam orang gila. Erkk?? Ok, lupakan yang tu. The difference between hipokrit and talam dua muka is the way they act. Talam dua muka ni selalunya happens among friends laa.... Kan selalu ada rivalry sesama mereka. Jadi bila terjadinya perkara sebegitu, maka akan wujud sesetengah pihak yang akan buat tak tahu and akan ada sesetengah pihak yang nak join both ( mungkin lebih) of the rivalry group. Dan itulah caranya untuk membuat seorang talam dua muka.

              Talam dua muka, ni ambo cerita berdasarkan pengalaman la ye, selalunya dia akan join both of the rivalry group. And kadang2 dia akan cerita or berhikayat tentang keburukan the other group. Faham?? Kiranya macam ni la, ada dua group. A n B. Si fulan ni join both of the group. Bila dengan group A, dia akan pot-pet pasal group B, dan vice versa. Itu baru la talam dua muka.

This is what i found about hypocrisy in wikipedia. Maaf, ambo tak rajin nak translate.
Hypocrisy is the claim or pretense of holding beliefs, feelings, standards, qualities, opinions, behaviors, virtues, motivations, or other characteristics that one does not in actual fact hold. It is the practice of engaging in the same behavior or activity for which one criticizes another.

Boom!!
Adusss, sedikit terasa di sini. Terasa diri ini hipokrit, cause of my way of talking, to a certain someone.
Selalunya orang akan ingat yang budak sekolah agama ni selalu talk using ana-anti and such, tapi me and my friends tak praktik pun benda tu. Kadang2 kalau rajin, ada la guna jugak. Tapi dengan senior je la. Then one day, my friends suddenly, noted that, SUDDENLY chat with me using ana-anti. Well, i just go on with the flow, and trying to annoy her by calling her ukhti. Dia pun reda la kena panggil macam tu. It was funny since dengan dia ja chat and cakap mcm tu. Dengan orang lain, tak pun. Pastu rasa macam , eh hipokrit la pulak. Tapi ambo buat taktau je la. Satu hari tu,  got into some fight with her, and we stoppend using ana-anti and was back to aku-kau. Betapa jahilnya ambo walaupun dekat 4 tahun belajar di sekolah yang ada tarbiah. Huhuhu... T-T...

              And berdasarkan pengalaman, one of my ex-classmate was really mad when we call him hypocrite. Nak dijadikan cerita, pada awal tahun 2013, 10 orang jejaka(poyo) telah terpilih untuk join kelas 3 Puteri yang cun melecun ni (tembak diri sendiri pakai pistol air) supaya mereka lebih bersungguh-sungguh nak belajar since result mereka akan di compare dengan markah Puteri. Maka pada suatu hari, seorang puteri telah melangkaui batas apabila terus menerus mengejek seorang jejaka dengan panggilan hipokrit, dan juga telah menconteng meja jejaka tersebut. Dan, he snapped. Nak tau tak dia buat apa?? Hentak meja and baling kat kitorang. Okay ,ini hiperbola. Maybe dia boleh buat and maybe not. Kalau dia buat macam tu, memang ambo bagi flying kick. Dia tak baling meja pun, cuma hentak meja and tendang pintu ja. Mesti kaki dia sakit. Tiba-tiba rasa bersalah la pulak. Tapi dah minta maaf, tapi still rasa bersalah. Hmmm....sorry la bro. Oohh...dia jadi ex classmate sebab pertengahan tahun tu, jejaka-jejaka itu pindah kelas mereka2 balik.

Back to the topic, hipokrit dan talam dua muka memang tak sama. Sila betulkan pemahaman anda. And to me too. Mata ku sudah mohon ditutup, nak kumpul energy. Sekian saja kali ini.






No comments:

Post a Comment