Monday, 2 June 2014

UNTUK AYAH


        Ini sekadar perkongsian. Sejujurnya, bukanlah kata-kata ana, hakikatnya diambil dari seseorang yang ana sangat2 respesct. Ana tak ingat bila hari bapa,rasa macam dah lepas. Apa2 pun, hope anda2 yang membaca ambil pengajaran. 

Aku masih antara yang lembap. Not in the intellectual sense though. (intelectuallity, i'll put myself in the average group... a case of insecurities? nahh.. I know who I am)

Maksud aku lembap menonton filem KAMI . Nope, salah lagi, bukan yang cerita pasal a bunch of indie wannabe yang pergi err.. menjelajah serata ceruk Malaysia dan menghadapi pelbagai konflik identiti dan percintaan tu.. (Sebenarnya aku pun tak tengok lagi filem tu. Suka-suka je buat pre review. Biasalah, blog ni kan aku yang punya). Maksud aku KAMI filem tahun 1982 lakonan Arwah Sudirman Hj. Arsyad.

Jangan risau, aku bukan nak buat review filem arwah. Sini bukan rotten tomatoes, atau imdb atau  filminreviews atau yang sewaktu dengannya. Aku cuma nak sentuh tentang satu part yang mengusik sanubari aku (ayat jiwang, credits please.) Dalam cerita tu ada satu scene di mana Sudirman (maaf, aku taktau nama wataknya.) dan Tookoo (heh, maaf sekali lagi. Yang ini aku taktau nama asal pelakonnya) berkongsi minum teh tarik dan mee goreng sebab tak cukup duit nak beli sorang satu. Lantas aku teringat ayah aku.

Dulu masa aku kecik, umur dalam lima enam tahun aku dengan adik aku rajin ikut ayah aku outstation. Selalunya ke Kuala Lumpur sebab time aku kecik dulu aku rasa Kuala Lumpur tu tempat paling best dan happening dalam dunia (aku kecik lagikan, bolehlah dimaafkan.. haha). So, bila tiba waktu macam ni, ayah akan bawa aku dan adik aku berbondong-bondong naik public transport paling mudah dan murah - bas. Kat Kuala Lumpur, kalau nak pergi mana-mana kitorang jalan kaki atau naik teksi. (Time tu  LRT belum wujud). Bayangkan ayah aku manage tiga orang budak kecik-kecik lagi naik public transport, lepas tu bawa jalan lagi, nak tahan taxi, nak bawa beg. Tu belum campur time kitorang merengek, merajuk, menangis mintak itu ini. 

Masa tu,bila tengok orang lain sedap-sedap naik kereta sendiri atau tengok mat salleh naik taxi besar (yang macam khas utk tourist je tu) atau bila taxi tak berhenti bila ayah aku tahan sebab nak bagi pelancong/minah salleh naik, aku akan rasa macam kami ni orang berkelana yang miskin.

Memang pun masa tu aku percaya yang kami ni miskin sangat. Sebab kecik-kecik dulu aku taktau ayah aku kerja apa (bila tanya mak, mak cuma kata  ayah kerja kat sekolah). Tambah-tambah ayah selalu akan jawab tak cukup duit kalau  the younger ones asked for things to buy on those rare occasion where we get to tag along with ayah during his outstation. Aku memang percaya bulat-bulat. Aku percaya sunguh-sungguh yang ayah aku memang tak cukup duit.

Bila tiba kat perhentian, aku akan refuse nak makan berat-berat sebab aku takut ayah tak cukup duit. Selalunya ayah akan beli buah yang siap dipotong (yang dalam plastik tu, mangga ada, jambu ada, betik ada, tembikai ada, pendek kata macam-macam ada) dan kami akan kongsi ramai-ramai. Aku tak pernah nak mintak lebih, atas  rasa tanggungjawab dan aku rasa sekurang-kurangnya cara tu aku akan dapat kurangkan beban ayah.

Pernah sekali aku tahan nak terkucil, sebab nak masuk tandas kena bayar dua puluh sen. Ayah memang nak bayar, tapi aku beria tipu kata aku boleh tahan atau aku akan kata "tadi rasa, sekarang dah tak rasa."

Betapa dua puluh sen waktu tu aku rasa sangat bernilai!

Memang, kecur liur tengok orang lain makan sedap-sedap, tapi bila tengok muka ayah yang penat, selera aku terus hilang. Dan aku cuma akan mintak nak kongsi makanan dengan adik-adik.

Bila aku dah besar, baru aku tau yang sebenarnya, kami tak miskin pun. Baru aku tau yang  ayah aku pensyarah (sekolah yang mak aku maksudkan tu universiti tapi kalau mak aku bagitau time tu confirm aku taktau tu tempat apa.) Dan baru aku tau sebenarnya banyak benda yang ayah aku boleh afford kalau aku minta.

Tapi mungkin disebabkan pengalaman aku ikut  ayah outstation masa kecil, aku jadi berat kalau nak meminta sesuatu daripada mak atau ayah. Bukan tak pernah, ada jugak kadang-kadang bila benda tu aku nak sangat. Bohonglah kalau aku kata tak pernah. Tapi bukan setiap masa dan setiap ketika macam yang budak sekarang selalu buat.

Nampak iklan kat tv, nak. Nampak mainan free, nak. Nampak kawan dia ada, nak. Nampak benda tu the latest trend, nak. Bila tak bagi membentak-bentak.( At the same time, aku tujukan kat aku dan adik-adik aku. Kami  pun kadang-kadang macam tu.. haha)

Ayah aku kerja sebagai pensyarah sampai sekarang.  Ayah aku masih outstation sana sini, tapi kami adik-beradik dah tak ikut sebab masing-masing dah besar. Sekarang ayah dah jarang naik bas, lebih selalu naik train, flight atau drive sendiri. Banyak benda dah berubah.
 Tapi sampai sekarang kalau tengok muka letih ayah baru balik oustation, aku masih akan rasa sebak seperti mana yang aku rasa masa travel dengan ayah kecik-kecik  dulu.

Love to all the Best DADs around the world.




P/s:Filem Kami (1982)
Baru tengok part-1. (upload kat youtube je..haha)

Rasanya aku tak sanggup nak teruskan.

Meruntun jiwa!

(Ah, tapi kalau tak sanggup nanti mungkin aku akan jadi yang paling lembap habis menonton filem tu? )


1 comment: