Berniqab atau berpurdah, bukanlah satu penghalang.
Wanita berniqab, masih mampu belajar.
Wanita berpurdah, masih mampu bekerja.
Wanita berpurdah atau berniqab masih mampu melakukan aktiviti.
Berniqab bukanlah satu penghalang
Sebaliknya merupakan satu kekuatan.
Satu keyakinan.
Satu keberanian.
Aku masih mampu belajar, bekerja. Tiada penghalang untuk aku melakukan apa yang kau lakukan.
Andai kau mampu belajar, maka aku juga begitu.
Andai kau mampu bekerja, maka aku juga begitu.
Sehelai kain yang menutup sebahagian wajahku, bukanlah bermakna aku lari dari masa laluku.
Sebaliknya aku cuba memperbaiki salahku.
Sehelai kain yang menutup wajahku, bukan bermakna aku menjauhkan diri.
Sebaliknya aku cuba mendekatkan diri kepada yang Maha Esa.
Jadi, dah dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan??
Kalau dah, bagus!
Aku akui, aku seorang wanita ...errr.... gadis yang berpurdah. Gadis remaja yang berpurdah.
Selalunya orang ingat perempuan yang berpurdah ni lemah lembut, kuat pegangan agama, bla bla bla....
Mostly macam tu, tapi aku masih baru. Aku ni taklah sopan mana pun. Tapi taklah kasar sangat. Iman aku , alhamdulillah masih terpelihara, meski taklah sehebat iman para ulama’.
Orang ingat yang perempuan berpurdah ni mestilah tak berhubung dengan lelaki. Sorry, but not me. Aku call jugak lelaki. Abang aku dengan ayah aku pun lelaki what. Heeeee...
Aku ada kawan lelaki. Agak ramai jugaklaa... tapi no hard feelings, okay. Kawan je. Dah tu , aku sekolah biasa kot, time kecik dulu.
Siapa kata perempuan berpurdah tak boleh cakap dengan lelaki. Kalau macam tu, jenuhlah. Pekerja awam kan mostly lelaki. Takkanla nak naik bas yang driver dia lelaki, and penumpang dia mostly lelaki, nak cakap “sorry, boleh tak anda2 semua turun? Saya nak naik bas ni.” Kena halau time2 jugak, konfem!
Kalau ada something nak kena urus, sekali dengan boys, tak ke naya kawan kita yang nak kena tolong sampaikan apa yang kita nak cakap. Kalau dia redha takpa la. Tapi , susah macam tu, kang apa yang kita nak bagitau berbeza dengan apa yang dia sampaikan. Tak ke salah faham nanti.
Berniqab ni cuma sebagai pelindung tambahan. Ada ke masuk paper or berita perempuan berpurdah kena kacau? Tak. Sebab
even pengacau2 tu ada respect pada perempuan berpurdah.
So, berpurdah doesn’t mean i can’t do
whatever you do. If you talk to boys, then i can to. If you went shopping or
hang out with your friends, then its the same for me. Ahh... broken english. Apa2
je la. Asalkan korang paham. Apa yang membezakan aku dengan kau, cumalah
sehelai perlindungan tambahan.
Ohh, satu lagi. Pemakaian stoking untuk
tutup aurat, bukan untuk aku je, untuk kau sekali ye, even if kau tak berpurdah
sekalipun.

No comments:
Post a Comment